Projek Komuniti

CrossConnect MY

Projek komuniti CoreFLAME oleh CreativeMagic, dibina dengan kasih untuk komuniti Kristian Malaysia. Kami komited untuk melayani gereja-gereja dan para pengguna dengan platform yang percuma, mudah diakses, dan sentiasa diperbaiki.

Menghubungkan Komuniti

CrossConnect MY berkerinduan untuk membantu pengguna Malaysia mencari dan berhubung dengan gereja Kristian di seluruh negeri. Kami percaya bahawa mencari komuniti gereja yang sesuai harus mudah, boleh diakses, dan bermakna.

Direktori komprehensif kami memaparkan gereja di seluruh Malaysia, dengan maklumat terperinci termasuk waktu kebaktian, maklumat untuk dihubungi, lokasi, dan acara akan datang.

01

Untuk Mereka Yang Mencari

Cari gereja berdekatan anda dengan alat carian dan tapisan mudah kami. Terokai mengikut negeri, denominasi, atau layari sahaja.

02

Untuk Gereja

Senaraikan gereja anda untuk mencapai lebih ramai orang dalam komuniti anda. Sama ada kecil atau besar, kami menjemput anda menyertai direktori kami.

03

Untuk Acara

Cari dan promosikan acara Kristian di seluruh Malaysia. Konferensi, retret, acara pujian dan penyembahan dan banyak lagi.

Percuma & Terbuka

Platform ini adalah percuma sepenuhnya untuk digunakan. Misi kami adalah untuk melayani komuniti Kristian di Malaysia, bukan untuk mengaut keuntungan. Kami sentiasa memperbaiki dan maklum balas anda membantu kami untuk terus berkembang.

"
"...sebab Ia sendiri telah mengatakan: Adalah lebih berbahagia memberi daripada menerima."
Kisah Para Rasul 20:35

Sertai Kami

Ingin menambah gereja anda atau mencadangkan penambahbaikan?

Hubungi Kami