Breakthrough Worship Community Church Penampang

Breakthrough Worship Community Church Penampang

Breakthrough Worship Community Church Penampang

Assemblies of God Penampang, Sabah
BWCC Penampang baru mula beribadah secara rasmi di bangunan gereja dan ibadah pertama yang dijalankan adalah pada 15 April 2018 bertempat di Creative Mind Training Centre, Lintas. Pada 15 Julai 2018, BWCC Penampang telah berpindah ke bangunan gereja baru yang bertempat di Lido Plaza, Penampang .

Rata-rata jemaat terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga, muda-mudi yang juga pelajar-pelajar sekolah, kolej swasta dan universiti awam sekitar Penampang termasuk UMS, UNITAR dan SIDMA College. Bagi yang berada di kawasan sekitar, kami amat mengalu-alukan anda untuk beribadah bersama-sama kami pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30 pagi.

Peta Lokasi:

Nampak Kesilapan Informasi?

Bantu kami memastikan maklumat tepat. Jika ada butiran yang salah, beritahu kami dan kami akan mengemaskininya.